Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Special: Nuzul Quran

Salam semua :)
Rase cepat jer masa berlalu. Sedar tak sedar esok dah masuk 17 Ramadhan. Hmm.. aper yg specialnyer 17 Ramadhan nie? Org keje kat Selangor leh g Jalan TAR?? huhu.. itu yg slalu disebut2. Almaklumlah wat persiapan raya kan.. Tapi kita sbgai umat Islam kenela tau serba sedikit aper peristiwa sejarah yg berlaku pada 17 Ramadhan.
Nuzul Quran - ditranslatekan adalah penurunan Quran dr langit kepada Nabi Allah kite Rasullah S.A.W. Iaitu pada 17 Ramadhan tahun ke 41 Keputeraan Nabi. Diturunkan kepada Nabi ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.
Al Quran

Ayat yg mula2 diturunkan adalah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq. Tp ada juga pendapat2 yang lain mengenai penurunan ayat pertama.
Al Quran
Al Quran
Al Quran
Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil……… - wikepedia

Penyusunan AlQuran telah dilakukan beperingkat. Dan kebanyakan yg kita perolehi adalah yg telah disusun dan dibariskan mengikut resam Uthmani.

Al Quran
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri
Al Quran

Al-Fatihah adalah surah pertama dan pembukaan bagi Al Quran.
Al Quran
Al Quran mengandungi 6236 ayat (setengah pendapat mengatakan 6666) & 114 Surah

Oklah, itu sajalah perkongsian dari saya. Sambil2 refresh memori kita mengenai sejarah AlQuran. Semoga kita mendapat bimbingan dari Nya. ;)








Al Quran
bab photography sket - Jgn bataskan diri anda dgn peralatan yg canggih kerana peralatan canggih tidak menentukan aper yg anda inginkan - cuma berkongsi mcm mane gamba dihasilkan ;)

7 comments:

ejai_ej said...

oh tidak... abang otai.. tunjuk ajar ku sifooo... gambarmu meruntun jiwa ku.. huhuhuhu.. oh tidak.. aku tergoda dengan hasil fotografi mu.. huhuhuhu

yangyuyu said...

oh td sy br je de tazkirah kat opis pasal nuzul quran dan Ramadhan ni:)..beserta dugaan Perang Badar juga pada 17 Ramadhan...nak pegi Jalan TAR oh tidak sama sekali. wpun dah 4thn duk KL, br sekali je p itupun bukan time raya, pegi hari keja hehe...

gambar 2 as usual mantop..

adrenalina said...

selamat berbuka puasa! wah semua gambar2 membuka mataku hehehe... malam ni pun ada ceramah nuzul al-quran di sekolah... will be going there after isya'!!!

eda_ej said...

inssaaaaffff....

hafeez.halim said...

Ejai - ko blaja tgkap gambo ker ko blaja ngaji.. haha 2-2 aku leh ajarkan.. kekeke

Kak Ummi - Baguihla skrang, opis2 byk dah wat kuliah Zuhur.. Atleast terisi jgakla waktu lapang :) Jalan TAR tue kalo sye pegi.. mmg puasa kering jerla.. huhu. Thanks KaK Ummi :)

Adrenalina - Selamat Berbuka & Pose :) Lame xnmpk.. sihat ker? Baguih2 g dgr ceramah nie, santapan rohani :)

Eda - Aper yg ko insaf nyer.. hehe ajak abg ejai ngaji sesame kat rumah yer.. baik utk bayi dalam perot :)

hafizal said...

minta untuk di ambil gambar Iqra tuh untuk ucapan Nuzul Quran saya akan kredit nama kepada tuan dalam ucapan itu

hafeez.halim said...

Salam Saudara Hafizal,

Dipersilakan untuk menggunakan gambar ini dalam ucapan saudara. Semoga kita sama2 mendapat kebaikannya :)